Friday, 18 March 2016

small random act of KINDNESS



hi guys. urmmm lamanya tak update blog. fuhhh sebenarnya niat nak update memang dah lama. tapi dah kata niat boleh setakat berniat di dalam hati ja la tunggu sampai seru betui-betui baru la nak buat. haha. so, ayuh kita mulakan entri pada kali ini iaitu 'small random act of KINDNESS' atau boleh dikatakan sebagai kebaikan secara random yang kita boleh lakukan dalam kehidupan seharian kita. entah lah kenapa asyik nak serius ja sekarang ni urmmm /emoji muka bengis/ dah lama tak menulis dan tak blogwalking sampai dah taktau macam mana nak insert lawak lawak masa menulis kekeke


beberapa bulan yang lalu, aku ada terbaca topik yang tengah dibincangkan di twitter dan aku tak ingat twithandle twitter tu nama apa. sama ada @twt_malaysia ataupun twt yang lain. topik yang dibincangkan adalah 'small random act of KINDNESS' yang boleh dibuat dalam kehidupan seharian kita. ramai daripada kita yang tak sedar akan hal ni. banyak kebaikan yang boleh kita buat tau. tapi apa yang aku nak tulis ni sikit ja la keh keh



disebabkan aku ni adalah orang yang suka buat 'small random act of KINDNESS' tapi jenis tersipu sipu malu dan kadang-kadang juga sombong ni, aku rasa aku patut share benda ni. kadang-kadang orang tak minta pun kita buat baik dan kita pun rasa malu nak buat. bagi aku, aku tak suka nak buat depan orang. dalam erti kata lain, aku tak suka orang tengok aku buat benda baik sebab nanti aku rasa malu bila orang tegur 'wah baik nya hang ni nak bagi sedekah dekat pakcik tu'. aku akan jadi segan yang melampau dan uncertainty avoidance aku akan jadi sangat tinggi untuk aku mengelak atau terus diserang bertubi2 ditanya kenapa aku melakukan perkara sedemikian /perghhhh macam buat esaimen la pulak/ skema noksss / 

jadi, apa yang kita boleh buat dengan random act of kindness ni? ramai yang mesti menimbulkan soalan-soalan macam ni; 'takkan nak bagi sedekah hari-hari?' 'ala susah lah nak cari peminta sedekah. kawasan sekian-sekian'. 'takkan nak kena pergi masjid dulu baru boleh masukkan duit dalam tabung masjid' haaa mai sini nak habaq maiiii selain daripada semua benda ni, ada benda lain lagi yang kita boleh buat.



Di kedai makan
sebab apa aku pilih kedai makan? sebab kedai makan la hari-hari orang pi. masjid tak semua pi hari hari termasuk aku kehkeh. kalau kita pi kedai makan terutama kedai makan yang ramai sangat orang suka pi macam mekdi (McD), kepci (KFC) atau kedai-kedai makanan yang lain, mesti kita akan rasa bengang dan marah bila meja yang betul-betul kosong penuh dengan sisa makanan dan pinggan customer sebelum kita. dengan nak tunggu pekerja/waiter mai kemas memang akan ambik masa yang lama la kan disebabkan kedai yang terlalu ramai orang dan mungkin akan merosakkan mood kita.

oleh itu, apa kata kita buat perubahan sikit dekat tingkah laku kita dengan benda-benda yang kita tak pernah buat pun sebelum ni. bila datang ke kedai makan macam ni, kita yang tolong bersihkan meja yang masih belum berkemas tu. bukan teruk mana pun setakat pinggan yang sikit tu, kita cuma susun-susun ja. kalau kotor sangat boleh guna tisu dan jangan risau, setiap kedai makan mesti akan sediakan sinki. kalau taktau nak letak mana pinggan kotor tu, kita susun ja supaya senang waiter nak angkat dan dapat jimatkan masa dia nak kemas pinggan-pinggan lain. kalau tau tempat yang mana kita letak dekat tempat tu terus. dan selepas makan kita kemas pinggan-pinggan yang kita makan tu balik. memang la sesetengah daripada kita akan cakap 'hello its not my duty,kenapa i kena buat semua tu', somehow, inilah topik yang kita nak bincangkan. aku pun jarang buat benda ni, tapi dah teringat kadang-kadang buat kadang-kadang malas teehee.

bila kita tolong orang, akan ada satu perasaan dirahmati dalam diri kita sebab kita dah bantu meringankan beban orang lain. mungkin kita dah buat orang lain rasa happy sebab dia penat dengan kerja seharian tapi tiba-tiba ada orang yang baik hati nak tolong dia. tahu, semua orang akan cakap 'weh aku bukan baik mana lepastu tiba-tiba nak buat macam tu' but why not, kita bukan selamanya hidup nak jadi jahat ja. mana tau kebaikan yang kita buat tu nanti akan selamatkan kita dari azab api neraka selepas dihitung segala amalan kita dan sikit amalan lagi ja yang nak selamatkan kita. oleh itu, Allah akan semak semula kebaikan-kebaikan yang kita buat masa dekat dunia. /dah jadi ustajah pulekkk/



yang kedua ialah tolong bayarkan makanan sesiapa sahaja. dalam rezeki kita bukan setakat semuanya rezeki kita, ada juga rezeki orang lain yang terlekat sekali dalam rezeki kita dan tuhan nak kita yang bantu orang lain. bagi aku, aku ni jenis tak boleh tengok pakcik atau makcik yang datang ke kedai makan dengan pakaian yang menyentuh hati aku, aku jadi terpikiaq kalau la dia ni ayah aku. aku akan jadi tak sampai hati sangat sangat. oleh yang demikian, aku akan observe orang-orang ni masa aku tengah makan. fuh bergeliga la otak aku masa tengah makan dok buat percaturan macam-macam haha tapi makanan tetap habis jugak keke. dan bila aku dah bangun nak blah aku akan tanya owner kedai sama ada pakcik atau makcik tu dah bayaq ka belum. kalau belum, aku pun bayaq kan lah sekali. perghh perasaan yang dikatakan 'blessing' tu lain macam tau. buat la dulu baru boleh rasa nikmat dia

kalau kawan suruh belanja ais kosong pun jangan berkira sangat kahhkah errrr

dalam twitter tu jugak ada orang bagi idea lain yang boleh kita buat. tapi aku rasa benda ni macam susah sikit la orang nak buat. dia cakap bila kita drive di highway dan singgah bayar tol, kita boleh bayarkan untuk 10 kereta di belakang kita. kalau tol yang murah-murah boleh la buat kan. tak semestinya 10 kereta kita boleh bayarkan tapi satu atau dua pun dah memadai.

sebenarnya banyak kebaikan yang kita boleh buat selain memberi sedekah, derma, memimpin orang tua lintas jalan, bagi tempat duduk dekat orang yang memerlukan apabila menaiki pengangkutan awam tapi kita manusia yang banyak celanya. kadang-kadang kita akan tetap menyusahkan orang lain sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. dan kita juga kurang peka akan kesusahan orang lain.

ikhlas ke nak menunjuk?
bila kita buat benda baik je mesti ramai yang akan mempersoalkan. sama ada kita betul-betul ikhlas atau macam yang aku buat ni, menulis dalam blog nak menunjuk letew. tetapi siapalah kita untuk mengukur setiap keikhlasan yang orang pernah buat. tahulah kepochi pun tapi takkan sampai kerja tuhan pun kita nak menyibuk buat sekali kan. menilai keikhlasan manusia ni kerja Allah yang memang tidak akan terjangkau dek pemikiran kita. hanya Allah sahaja yang tahu hambaNya ikhlas atau tidak dalam melakukan sesuatu perkara. takkan ada seorang manusia pun yang akan mengaku jika dia tak ikhlas. semua manusia tobat lahung akan kata mereka ikhlas dengan perbuatan mereka.

ubahlah!
semua orang mesti kata 'ala biaq la orang lain buat dulu, nanti dah dia buat aku buat la' kalau satu dunia berperasaan macam ni maka kita tidak akan kemana dan mungkin hilangnya tingkah laku positif dan nilai moral dalam kehidupan kita, kalau bukan kita yang mula dahulu nescaya orang lain juga akan menunggu orang lain memulakannya dahulu. cuba kita mulakan perubahan ini semua dahulu. mungkin perubahan yang kita mulakan akan menjadi contoh dan inspirasi kepada orang lain untuk melakukannya juga.



sekarang ini sudah tiba masanya apabila kita tidak boleh hanya bergantung kepada orang lain untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik . setiap seorang daripada kita harulah memainkan peranan untuk menjadikan dunia ini lebih baik kerana wujudnya manusia yang tidak hiraukan tentang orang sekeliling disebabkan peredaran zaman ke dunia serba canggih dan wujudnya telefon pintar sehingga kita tiada masa bersosial dengan orang di sekeliling kita.

melakukan kebaikan tidak akan merugikan sesiapa pun. cuma kita sahaja yang berprasangka apabila kita melakukan kebaikan, rezeki kita akan berkurangan. SALAH!! setiap kebaikan pasti akan mendapat balasan dari tuhan. kebaikan yang kita buat akan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain. jangan sesekali memandang rendah akan kesan kebaikan yang kita buat. dan adalah sangat penting jika kita tidak mengharapkan apa-apa balasan setelah kita melakukannya.





itu sajalah post untuk kali ni. maaf kalau banyak merapu sebab takdak idea sangat nak tulis apa haha. kalau rasa semua ayat ni skema. maaflah sebab terikut-ikut dengan penyusunan ayat masa buat esaimen hahaha. sekian. semoga post aku kali ni bermanfaat untuk kita semua InsyaAllah.



Kebaikan sebenar ialah
dapat berbudi kerana ALLAH.
Itu yang membuatkan
seseorang itu berasa tenang
walaupun kebaikannya
tidak dibalas dengan baik.


love, xoxo             

No comments:

Post a Comment