Tuesday, 16 July 2013

upu oh upu


Assalamualaikum,
semua orang satu malaysia yg sebaya aku mesti dah tau kan result upu dah keluaq yang juga merupakan result kemasukan ke universiti. Dukacitanya dimaklumkan yang aku tidak berjaya.huwaaa sobs sobs sedih nak mamposs tau dakk bila dapat tau..dah laa sejam lebih tunggu nak load page upu nih tengok tengok dapat berita sedih ni.time tu rasa macam dunia aku dah gelap dan aku dah takdak masa depan lagi.biasa laa baru dapat tau dan takdan nak pikiaq panjang lagi..seharian mood down.asal masuk toilet mesti nak nangis,asal cakap dengan mak mesti nak nangis sampai mak kata dekat kakak 'hmm hang tgk la adik hang tu dok sedih tak dapat masuk u..kemaqin qumah ni senyap sepi' when mom makes joke


time tu rasa macam hilanglah angan angan aku nakpi belajaq,masuk dewan kuliah,buat assignment,buat presentation,langgaq someone,buku terjatuh pastu sorang prince charming tolong kutip,love at first sight haaa tudiaaaa punya angan angan sbb cikgu selalu kata nak cari boyfriend nanti masuk u.belambak yang hensem,pandai,tak hensem,tak pandai semua ada.

lepastu berangan lagi dapat u dekat kl bajet pi shopping naik train,jek jek pi rumah kak shima sorang sorang(kawan kakak aku dekat kl) sbb nak jumpa kakak aku. konon nk bajet syiok nek train laaa buat train style mcm dak dak kl dok buat.bajet nak jadi macam arwah abang aku jugak dapat satu u macam dia,buat aktiviti yang dia penah buat,masuk mana mana kelab yang dia penah masuk.ishk kuat berangan sungguh aku ni..

ni satu hal dapat u dekat kl lepastu berangan lahh lagii dapat u dekat sabah sarawak pulak.jek jek nak naik flight pulakkk..pastu dress up ala ala airport style artis kpop laa jalan catwalk,pakai rayban,heret luggage,update instagram kata nak flight mmg semua angan angan aku ni macam bajet gila,pastu travel p pulau yg cantik cantik dekat sana.. Allah,berangan kemainnn aku ni tapi at last memang hampeh pun sebab aku tak apply pun masuk u dekat sabah,sarawak ni..ayah aku tak bagi..mesti kos tinggi kalau p sana dengan kos tiket flight lagi

 korean star airport style


memang rasa sedih gila laa,rasa mcm masa depan aku dah gelap lepastu nak face dengan manusia manusia yang suka dok judge ni lagi,..memandangkan aku anak last,kakak kakak aku dan arwah abang aku semua masuk u dan ada gambaq grad masing masing dan aku? takkan aku hanya ada gambaq time graduasi form 6 ja? nak jugak masuk u.dan sepupu sepapat aku pulak semuanya pandai pandai,rasa malu bila nk cakap tak dapat masuk u pun,..alahaiiiii malu dengan diri sendiri


menyesal tak study? hmm aku pun tak pasti dengan jawapan aku. kalau nak dibandingkan antara zaman form 5 dan form 6 , aku rasa zaman form 6 ni lagi aku pulun study. biasa laa zaman form 5 dlu main banyak,,orang kalut nak becinta kita pun sama kalut.dok angau sangat sampai study ke mana apa ke mana sbb dok tangkap leleh sangat..perghhhhh hahaha tu yg result just okayy laaa 3A okay la tu ennn padahal tak study sangat pun..mai zaman form 6 ni kira dah matang sikit la kan *tapi main banyak jugak* study pun boleh kata aku pegang dan baca buku la jugak..hapai sejarah pung pranggg pungg prangg sopa tok bomoh dok baca mandrem lagi.pulun study sampai lewat malam,dan time tu arwah abang aku masih ada lagi..sambil jaga dia dekat hospital sambil dok study. but at the end aku dapat result yang agak teruk..pointer aku just 2.75.taktau la mana silap dia kot cara aku study yang tak betui ka apa aku rasa mcm segala usaha aku ni sia sia.aku rasa sia sia aku tahan masuk form 6,tahan apa yg orang ckp dekat aku masuk form 6 mcm budak budak dok pakai baju sekolah lagi.kena cemuh sana,cemuh sini sampai dah lali dengan semua ni,sampai dah tak kisah orang nak kata apa..rasa menyesai tu timbui,. Astaghfirullahalazim aku tak patut pikiaq macam ni

sampai aku dah hampir putus asa ramai orang dok naikkan semangat aku dan buat aku sedaq.ni semua takdir dan rezeki Allah dan aku seharusnya berfikiran positif.mungkin ada hikmah disebalik semua ni.dan Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku dan ada hikmah jugak aku takdapat panggilan pertama masuk u ni dan aku sangat bersyukur ramai kawan kawan aku dok bagi kata kata semangat dekat aku,jangan berhenti berdoa di bulan yg mulia lagi..dan aku sangat bersyukur ada mak ayah yang bagi kata kata semangat dekat aku jugak,,nasib baik mak aku tak potpet beletiaq dekat aku sebab dia pun tau aku sedih sebab tak dapat.dan aku nak ucap terima kasih sangat sangat dekat sapa sapa yang bagi semangat dekat aku,hanya Allah yang mampu balas budi baik hampa ni


aku ada apply unikl tapi dekat johor..masa aku down teruk tu rasa mcm nakpi jugak walaupun dekat johor nakpi sana nak lari drpd semua masalah dan manusia dekat aloq setaq ni sebab time tu aku stress sangat sangat sangat rasa mcm dah give up,mcm dah takdak masa depan.lepas dapat nasihat drpd kawan kawan dan lepas mengadu dekat Allah,at last aku rasa tenang dan boleh berfikir dengan waras balik dan sekarang ni aku tengah tunggu result permohonan rayuan aku tu.mungkin lambat lagi kot nak tau result dia






dan aku muhasabah diri balik mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku dan aku hanya perlu tunggu ja rancangan Allah tu..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan siapalah kita nak mempersoalkan ketentuan Allah..kita hanyalah manusia biasa yang hidup di dunia ini cuma sementara.


Alhamdulillah aku menjadi semakin tabah untuk menghadapi segala ujian Allah..dan aku memohon kepada Allah supaya aku ada rezeki masuk ke universiti..bukan masa dia lagi nak give up sekarang ni sebab perjalanan hidup aku baru bermula.banyak lagi jalan yg boleh diusahakan untuk masuk u..yeahhh yeahhhhh *pujuk diri sendiri*


okayyy setakat sini sajalah update untuk kali ni..dan kawan kawan tolong doakan jugak yaa supaya permohonan rayuan masuk u aku diterima..insyaAllah Amin.


"Verily Allah will not change the condition of people until they change what is in themselves"
-Quran 13:11


 love xoxo,                   

2 comments:

  1. Gud Luck nab..all the best..jgn mudah ptus asa k..terharu bca . :')

    ReplyDelete
  2. thank you..thnks sbb baca blog aku yg tak seberapa ni

    ReplyDelete