Tuesday, 16 July 2013

upu oh upu


Assalamualaikum,
semua orang satu malaysia yg sebaya aku mesti dah tau kan result upu dah keluaq yang juga merupakan result kemasukan ke universiti. Dukacitanya dimaklumkan yang aku tidak berjaya.huwaaa sobs sobs sedih nak mamposs tau dakk bila dapat tau..dah laa sejam lebih tunggu nak load page upu nih tengok tengok dapat berita sedih ni.time tu rasa macam dunia aku dah gelap dan aku dah takdak masa depan lagi.biasa laa baru dapat tau dan takdan nak pikiaq panjang lagi..seharian mood down.asal masuk toilet mesti nak nangis,asal cakap dengan mak mesti nak nangis sampai mak kata dekat kakak 'hmm hang tgk la adik hang tu dok sedih tak dapat masuk u..kemaqin qumah ni senyap sepi' when mom makes joke


time tu rasa macam hilanglah angan angan aku nakpi belajaq,masuk dewan kuliah,buat assignment,buat presentation,langgaq someone,buku terjatuh pastu sorang prince charming tolong kutip,love at first sight haaa tudiaaaa punya angan angan sbb cikgu selalu kata nak cari boyfriend nanti masuk u.belambak yang hensem,pandai,tak hensem,tak pandai semua ada.

lepastu berangan lagi dapat u dekat kl bajet pi shopping naik train,jek jek pi rumah kak shima sorang sorang(kawan kakak aku dekat kl) sbb nak jumpa kakak aku. konon nk bajet syiok nek train laaa buat train style mcm dak dak kl dok buat.bajet nak jadi macam arwah abang aku jugak dapat satu u macam dia,buat aktiviti yang dia penah buat,masuk mana mana kelab yang dia penah masuk.ishk kuat berangan sungguh aku ni..

ni satu hal dapat u dekat kl lepastu berangan lahh lagii dapat u dekat sabah sarawak pulak.jek jek nak naik flight pulakkk..pastu dress up ala ala airport style artis kpop laa jalan catwalk,pakai rayban,heret luggage,update instagram kata nak flight mmg semua angan angan aku ni macam bajet gila,pastu travel p pulau yg cantik cantik dekat sana.. Allah,berangan kemainnn aku ni tapi at last memang hampeh pun sebab aku tak apply pun masuk u dekat sabah,sarawak ni..ayah aku tak bagi..mesti kos tinggi kalau p sana dengan kos tiket flight lagi

 korean star airport style


memang rasa sedih gila laa,rasa mcm masa depan aku dah gelap lepastu nak face dengan manusia manusia yang suka dok judge ni lagi,..memandangkan aku anak last,kakak kakak aku dan arwah abang aku semua masuk u dan ada gambaq grad masing masing dan aku? takkan aku hanya ada gambaq time graduasi form 6 ja? nak jugak masuk u.dan sepupu sepapat aku pulak semuanya pandai pandai,rasa malu bila nk cakap tak dapat masuk u pun,..alahaiiiii malu dengan diri sendiri


menyesal tak study? hmm aku pun tak pasti dengan jawapan aku. kalau nak dibandingkan antara zaman form 5 dan form 6 , aku rasa zaman form 6 ni lagi aku pulun study. biasa laa zaman form 5 dlu main banyak,,orang kalut nak becinta kita pun sama kalut.dok angau sangat sampai study ke mana apa ke mana sbb dok tangkap leleh sangat..perghhhhh hahaha tu yg result just okayy laaa 3A okay la tu ennn padahal tak study sangat pun..mai zaman form 6 ni kira dah matang sikit la kan *tapi main banyak jugak* study pun boleh kata aku pegang dan baca buku la jugak..hapai sejarah pung pranggg pungg prangg sopa tok bomoh dok baca mandrem lagi.pulun study sampai lewat malam,dan time tu arwah abang aku masih ada lagi..sambil jaga dia dekat hospital sambil dok study. but at the end aku dapat result yang agak teruk..pointer aku just 2.75.taktau la mana silap dia kot cara aku study yang tak betui ka apa aku rasa mcm segala usaha aku ni sia sia.aku rasa sia sia aku tahan masuk form 6,tahan apa yg orang ckp dekat aku masuk form 6 mcm budak budak dok pakai baju sekolah lagi.kena cemuh sana,cemuh sini sampai dah lali dengan semua ni,sampai dah tak kisah orang nak kata apa..rasa menyesai tu timbui,. Astaghfirullahalazim aku tak patut pikiaq macam ni

sampai aku dah hampir putus asa ramai orang dok naikkan semangat aku dan buat aku sedaq.ni semua takdir dan rezeki Allah dan aku seharusnya berfikiran positif.mungkin ada hikmah disebalik semua ni.dan Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku dan ada hikmah jugak aku takdapat panggilan pertama masuk u ni dan aku sangat bersyukur ramai kawan kawan aku dok bagi kata kata semangat dekat aku,jangan berhenti berdoa di bulan yg mulia lagi..dan aku sangat bersyukur ada mak ayah yang bagi kata kata semangat dekat aku jugak,,nasib baik mak aku tak potpet beletiaq dekat aku sebab dia pun tau aku sedih sebab tak dapat.dan aku nak ucap terima kasih sangat sangat dekat sapa sapa yang bagi semangat dekat aku,hanya Allah yang mampu balas budi baik hampa ni


aku ada apply unikl tapi dekat johor..masa aku down teruk tu rasa mcm nakpi jugak walaupun dekat johor nakpi sana nak lari drpd semua masalah dan manusia dekat aloq setaq ni sebab time tu aku stress sangat sangat sangat rasa mcm dah give up,mcm dah takdak masa depan.lepas dapat nasihat drpd kawan kawan dan lepas mengadu dekat Allah,at last aku rasa tenang dan boleh berfikir dengan waras balik dan sekarang ni aku tengah tunggu result permohonan rayuan aku tu.mungkin lambat lagi kot nak tau result dia






dan aku muhasabah diri balik mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku dan aku hanya perlu tunggu ja rancangan Allah tu..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan siapalah kita nak mempersoalkan ketentuan Allah..kita hanyalah manusia biasa yang hidup di dunia ini cuma sementara.


Alhamdulillah aku menjadi semakin tabah untuk menghadapi segala ujian Allah..dan aku memohon kepada Allah supaya aku ada rezeki masuk ke universiti..bukan masa dia lagi nak give up sekarang ni sebab perjalanan hidup aku baru bermula.banyak lagi jalan yg boleh diusahakan untuk masuk u..yeahhh yeahhhhh *pujuk diri sendiri*


okayyy setakat sini sajalah update untuk kali ni..dan kawan kawan tolong doakan jugak yaa supaya permohonan rayuan masuk u aku diterima..insyaAllah Amin.


"Verily Allah will not change the condition of people until they change what is in themselves"
-Quran 13:11


 love xoxo,                   

Tuesday, 9 July 2013

Tips Ramadan


Assalamualaikum,
esok dah puasa.yeayyyyy so aku ada terjumpaaa laaa tips time bulan Ramadan ni..dan nk share dekat blog ni tak kisah laaa kalau takdak sapa nak baca pun.

sebenaqnyaa tips ni semua dalam bahasa inggeris tapi aku dh translate.takdak laa aku ambik dan translate semua cuma aku ambik setengah2 yang aku paham dan boleh translate ja..terima kasih dekat pakcik google translate sbb tolong aku.kalau sapa nk baca yg selebihnya boleh klik kat fb ni Islam and Life.Semoga bermanfaat kepada anda semua





1.       Buat jadual yang teratur.Kerap membaca al-Quran dan cuba membuat diri anda sentiasa sibuk supaya kita akan merasakan masa cepat saja berlalu
2.       Bulan Ramadan dan al-Quran berkait rapat dan kita seharusnya memberi tumpuan penuh kepada al-Quran.
3.       Membantu orang lain berbuka puasa akan memperoleh manfaat dan ganjaran yang besar
4.       Walaupun puasa benar benar menguji kesabaran kita untuk merasa lapar dan dahaga. Namun,ia mengajar kita erti terima kasih dan merendah diri
5.       Syaitan dirantai pada bulan Ramadan tetapi hanya untuk orang orang yang berpuasa sahaja
6.       Allah sedia terbuka untuk menerima apa sahaja yang kita minta pada-Nya. Ia hanya merugikan kita sendiri jika kita kurang meminta dan merayu perkara perkara yang kita perlukan
7.       Berbuka puasa dengan buah kurma . ianya sunnah
8.       Apabila masa bersahur dan berbuka, makan terlalu banyak telah menyimpang jauh dari tujuan berpuasa
9.       Beli barangan untuk masak dalam kadar yang banyak supaya anda tidak perlu ke pasaraya setiap hari
10.   Jangan memasak terlalu banyak hidangan untuk berbuka puasa kerana ia juga telah menyimpang jauh daripada tujuan berpuasa. Jangan biarkan isteri anda memasak setiap masa
11.   Jika anda nak pergi berjalan yang agak jauh tempatnya,jangan berpuasa
12.   Jika anda tidak boleh berpuasa kerana masalah kesihatan, membantu orang berbuka juga mendapat ganjaran yang besar
13.   Makan pada waktu sahur adalah sangat penting kerana ia membolehkan kita bertahan sepanjang hari dan menjadikan puasa menjadi lebih mudah
14.   Semasa cuaca panas dan terik, kita perlulah berada di kawasan yang teduh seperti berada dalm bangunan dan kurangkan aktiviti fizikal anda.Bersenam ketika berpuasa juga menyimpang daripada tujuan berpuasa
15.   Jika anda perlu pergi ke mana mana apabila sudah sampai waktu berbuka,bawalah buah kurma bersama anda
16.   Memohon keampunan daripada Allah dan Allah berfirman jika berkat bulan Ramadan dilucutkan maka Ia benar-benar dilucutkan
17.   "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan pahala, dosa-dosanya yang terdahulu akan diampunkan." (Bukhari & Muslim)
18.   Puasa dapat mengubati pelbagai penyakit termasuk iri hati, kecuaian, malas, dan lain-lain
19.   Bagi wanita, puasa pada bulan Ramadan adalah 1/4 perkara yang akan membawa Allah berkata kepada mereka "Masuklah ke dalam Syurga di mana-mana pintu yang anda mahu."
20.   Jika anda telah mempunyai  tabiat tidur yang buruk sepanjang tahun, mula mengubahnya sekarang supaya anda boleh bangun untuk solat Subuh.
21.   "Jika anda taat kepada semua perintah-perintah Allah, anda akan mencapai matlamat puasa." - Zakir Naik
22.   "tujuan kita untuk berpuasa adalah untuk mendapatkan pahala, keampunan dan keredhaan Allah." - Zakir Naik
23.   sesiapa yang tidak mempunyai dosa dosa yang diampunkan dalam bulan Ramadan, ia sgt sedih dan rugi dan dia tidak akan masuk syurga” [ Thirmidhi]
24.   "Terdapat ramai orang yang berpuasa, tetapi tidak mencapai apa-apa ganjaran kecuali lapar." [Sunan Ibn Maajah jld.3 Hadith1690]
25.   "Sesiapa yang meminta ampun bagi dosa yg telah dilakukan, ia adalah seperti dia tidak melakukan dosa itu." [Sunan Ibn Maajah jld.5 Hadith4250]
26.   Puasa bertindak sebagai perantaraan untuk anda. Puasa akan berkata “Orang ini meninggalkan nafsunyamjadi saya akan member syafaat baginya” . (Ahmad)
27.   Seseorang boleh makan dengan senyap di bulan puasa. Puasa yang sebenarnya ialah kerana Allah “Semua ibadah adalah untuk (anda) dan puasa adalah untukKu
28.   Apabila anda lapar,jangan berfikir untuk melakukan perkara haram. Dan itulah sebabnya puasa sebagai penghalang kita daripada melakukan perkara haram – Dr. Zakir Naik
29.   “sesiapa yang berpuasa walaupun hanya sehari, Allah akan jauhkan api neraka daripadanya sejauh 70 tahun” Bukhari
30.   Setengah orang tidak bangun sahur dan bersahur lebih awal daripada waktunya. Anda patut bersahur sebelum subuh. Maksudnya melambatkan sahur itu – Zakir Naik
31.   sesiapa yang pergi berbuka puasa di masjid. Mereka akan bergaul dan ianya adalah sunah  - zakir Naik
32.   Kebanyakan Muslim terjaga di waktu malam dan tidur sepanjang hari. Ia telah menyimpang daripada tujuan berpuasa
33.   Kesalahan biasa di bulan puasa – banyak pembaziran makanan
34.   "Saya bersumpah demi Allah ... nafas orang yang berpuasa, adalah lebih manis kepada Allah daripada aroma kasturi." [Bukhari]
35.   Menggunakan pencungkil gigi  tidak membatalkan puasa sama sekali, tetapi ia hanya digalakkan. Ini biasanya kepercayaan budaya.
36.   Dia (Rasulullah SAW) pernah berpuasa sementara dalam perjalanan pada hari yang sangat panas dan ia adalah hari yang begitu panas (Bukhari)
37.   tiada sesiapa diantara kamu yang harus berpuasa pada hari jumaat melainkan dia berpuasa pada hari sebelum atau selepas hari Jumaat”. Bukhari
38.   Wanita yang datang haid dan wanita yang masih dalam panang dilarang berpuasa tetapi mereka perlu menggantinya
39.   Adalah dibenarkan orang orang yang sakit untuk berbuka dan menggantinya di kemudian hari
40.   Ia sangt disyorkan oleh Rasulullah SAW untuk melambatkan sahur sehingga sebelum waktu subuh
41.   Jika anda diserang oleh seseorang ketika berpuasa..katakan padaya “saya sedang berpuasa
42.   11 rakaat solat terawih selepas waktu isyak ialah perkara sunat dalam bulan Ramadan – jika seseorang itu melakukannya berjemaah sehingga selesai,ia seperti di sembahnyang sepanjang malam
43.   Berpuasa menjadikan lelaki berkongsi penderitaan denagn saudara mereka,menghulurkan derma kepada orang miskin dan yang memerlukan dan mengajar kita serta menyucikan kita
44.   Puasa di bulan Ramadan adalah wajib bagi manusia yang waras,sihat,orang dewasa dan mampu dari segi fizikal
45.   Kita mestilah berniat untuk berpuasa.sesiapa yang tidak berniat maka puasanya terbatal
46.   Sesiapa yg mempercayai bulan Ramadan dan menjangkakan ganjaran pahal pada bulan ini,dosa masa lalu mereka akan diampunkan di akhirat kelak
47.   Satu manfaat puasa adalah untuk memperoleh taqwa, keimanan dan kebenaran
48.   Satu manfaat puasa adalah untuk memasuki syurga kerana ada sebuah pintu di syurga yang tidak boleh dimasuk sesiapa  kecuali orang-orang yang berpuasa.
49.   Satu manfaat puasa adalah untuk memperoleh syafaat. Puasa akan memberi syafaat kepada kita pada hari kiamat
50.   Bagi yang mengalami penyakit kecil seperti sakit kepala atau sakit perut - puasa masih wajib.
51.   Mengambil ubat dengan cara suntikan, semburan hidung atau ubat titis mata ia tidak membatalkan puasa, kerana ianya bukanlah sejenis makanan  [Sahih Al-Bukhari].

okayy sampai sini saja update untuk kali ini..semoga ia bermanfaat untuk kita semua.semoga Ramadan kali ini memberi penuh makna kepada kita dan semoga ianya lebih baik dari tahun sebelumnya..tak lupa juga berdoa kepada saudara kita seperti orang2 rohingya, rakyat mesir,syria dan hamba2 Allah yg lain yg sedang mengalami pergolakan.semoga Allah melindungi dan memberi bantuan kepada mereka serta memberi kekuatan kepada mereka untuk menempuhi bulan yg penuh barakah ini.Amin.Sekian,







  love xoxo,               


Wednesday, 3 July 2013

berkebun ohyeahhh ohyeahhhh


Assalamualaikum,
hai tentawan,rasa nak update blog pulak hari ni..ehh memang selalu nak update tapi takdak idea nak update apa sebenarnya.memang beberapa hari yang lepas nak sangat update tapi dah otak blank tak jadi la nak update *macam ji hyo dalam runningman pulak..blank mongji* .lagi pun aku tak pandai menulis,mereka ayat yang lawak lawak macam blogger cik epal , hanis zalikha mahupun matluthfi dan lain lain yang bila baca blog depa ni always gelak sampai sakit perut *boleh klik dekat nama ni kalau nk tengok blog depa*

post kali ni nak cerita pasal aku berkebun petang tadi..yang pasti aku sendiri pun rasa aku ni dah buang tebiat ka tetiba rajin semacam jaa ni..actually aku dah berhenti keja sebenarnya sebab malas nak keja dah.lagipun mak aku yang suruh behenti sebab nak dekat bulan puasa dah takut aku tak larat nak keja,tu yang dia suruh aku behenti *sayang jugak enn mak aku dekat aku* hahaha.bila dah berhenti ni dapatlahhh job baru jadi pekebun berjaya yang diupah oleh ayah aku menjaga pokok pokok kesayangannya yang dia sendiri pun takdak masa nak urus *buat kerja mesti la dapat upah* .

walaupun hujan sikit ja tadi ingat nak clear sikit sikit ja la dah sebab hujan.tengok tengok tak jadi hujan *sebab tetiba aku rajin*.aku pun clear sampai habeh..bayangkan peluh basah lencun sopa main hujan lagi. mak cakap "haaa ni baqu tengok hang berpeluh daripada dok makan tidoq ja petang petang" fewwwwhhhhh kena sedaih dengan mak.pastu mak cakap lagi "hang buat elok elok.hang tu bukan boleh buat apa semua melingkup" hahaha maa you know me better

time ni dah tengah tengah menebas pokok bunga kertas yang naik meninggi

time ni dah ubah pokok kucai ayah aku yang memenuhi ruang ni..tudiaaaa semua sekali pokok kucai ada 60biji pasu...bayangkan laa aku dok ubah satu satu nak bersihkan kawasan ni dulu..lepas ni kurus laa aku.haha



dah settle semua keja ni dalam masa sejam setengah jugak laaa dengan penyibuk dunia tiga ekoq tu dok mai buat kacau..laqi sana sini,,,loncat loncat dalam pokok sampai mak aku pi beletiaq kat depa pulak dok buaih sangat,,ihsskk qasa nak hawin tiga tiga ekoq dalam bendang tapi sebab dah sayang tak jadi laaa nak hawin

 nindiaaaaaa penyibok duniaaaaaaaa suka dok buat kacau


seee can dah clear..ni tak selesai semua lagi..nanti nak peqosah sepokok sepokok pulak

rajin kan aku? *syiok sendiri* haha dekat maghrib jugak laa aku habis buat semua kerja ni,bila ayah balik dia seronok tengok tempat ni clear dah siap nak tolong sekali tapi dah siap kan..huhu i feel proud of myself..feel like i am not an useless daughter

kemarin kann aku keluaq dengan nana dan umi..dah taktau nakpi mana aku pun tembak p sp ingat nak jenjalan tapi dah lapaq kami p cari makan..bayangkan tiga tempat pi cari makan kat sp tu semua tak bekenan.mula mula pi amanjaya mall.cari atm tak jumpa leapstu p village mall..tak syiok last last p tesco..lepas makan tu balik aloq setaq tequih..rasa macam what the...? p sp sebab nak makan ja?? macam aloqsetaq takdak kedai makan kan?? dah takdak kejaaa ni yang jadi keja


teka kami dekat mana?? dalam toilet dekat amanjaya mall *krikk krikk krikkk*

okayyy laaa sampai sini ja la aku update,,actually aku tengah sibuk edit post untuk bulan ramadan yang bakal tiba ni..post tu macam panjang sikit so kena ambik masa nak update.eksaited tauu edit post tu sebab tak sabaq nak puasa..jumpa lagi...bye bye


love xoxo,